.: Selamat Datang :.

Selamat Datang ke Blog Rasmi Pasukan Pengakap Kelana 'A' Seremban Timur (PPKAST) yang lebih dikenali sebagai Apachie Rovers dimana secara rasminya didaftarkan dibawah Persekutuan Pengakap Malaysia pada 23-Mei-1997 dengan bernombor pendaftaran M9266. Blog ini diwujudkan hasil resolusi AGM 2010, bagi tujuan Promosi PPKAST.

.: Blog ini merupakan proxy laman web rasmi pasukan dimana ia masih dalam fasa pembangunan bermula dari 17 Mei 2010 , sila datang lagi , TQ :.

Sunday, November 21, 2010

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR

Ahli Pengakap KELANA A Seremban Timur (PPKAST) akan mengadakan misi mengumpul sumbangan utk mangsa banjir. Barang barang yg boleh di sumbangkan adalah seperti berikut:


1. Pakaian Lelaki Dewasa
2. Pakaian Wanita Dewasa
3. Pakaian Kanak kanak Lelaki dan perempuan
4. Pekaian dan peralatan bayi (pampers dan sebagai nya)
5. Bahan makanan (kering)
6. Barang keperluan harian
7. Lain lain yg difikirkan sesuai.

Tarikh : 28 November 2010
Tempat : Tempat letak kereta Stadium Paroi
Masa : 7.30am - 12.00pm

PPKAST juga menerima sumbangan kewangan dimana duit yg diterima akan digunakan untuk membeli kelengkapan lain yg difikirkan perlu. Tarikh dan tempat sumbangan akan dihantar akan dimaklumkan setelah kami mendapat maklumbalas dari rakan rakan di kawasan yg terlibat.

Segala sumbangan dari pihak tuan tuan/puan puan adalah sangat dihargai.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan:

1. Sdr Faries Faizal (014-5095046) - Pengarah Program
2. Sdr Hafiz Anuar (013-6402120) - Timb Pengarah Program

For more informations, check this pages:

Monday, May 17, 2010

.: Misi dan Matlamat PPKAST:.

1. Melahirkan ahli kelana yang bermahiran tinggi dalam ilmu berpengakapan.

2. Melahirkan ahli kelana yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

3. Melatih ahli kelana dalam bidang pentadbiran, pengkhususan dan rekreasi.

4. Melatih dan memberi kepercayaan kepada ahli kelana dalam mengendalikan sesuatu
program dan aktiviti.

5. Membantu pergerakan pengakap di sekolah-sekolah sekitar Seremban dan Negeri
Sembilan.

6. Membantu dalam aktiviti Majlis Pengakap Daerah Seremban dan Negeri Sembilan.

7. Mewujudkan suasana persaudaraan dan kekeluargaan dalam pasukan.

.: Sejarah PPKAST :.

Pasukan ini ditubuhkan oleh lima orang pemuda yang mempunyai latarbelakang dan pengalaman yang luas tentang pengakap. Mereka adalah saudara Ainol Nazwe, Azizul Hakim, Rosehamidi, Azizul Hisham dan Mohd Firdaus. Kesemua mereka adalah bekas pelajar SMKGV kecuali Rosehamidi merupakan bekas pelajar SM Seri Ampangan.

Mula bergiat aktif pada tahun 1995 sebagai tenaga pengajar sambilan aktiviti pengakap pada setiap hujung minggu di sekolah-sekolah sekitar daerah Seremban. Mereka ini banyak terlibat dan membantu dalam program-program anjuran majlis pengakap daerah Seremban.

Dengan kesungguhan dan komitmen terhadap program-program tersebut maka pada 3hb Februari 1996 kami telah mendaftar sebagai Pasukan Pengakap Kelana ‘A’ Seremban dengan keahlian pertama seramai 30 orang.

Pada tahun berikutnya, daerah seremban telah dibahagikan kepada 2 zon iaitu Seremban Timur dan Seremban Barat. Memandangkan kebanyakkan sekolah yang kami kendalikan lebih kepada sebelah timur, maka pada 23hb Mei 1997 kami telah mendaftar dengan menggunakan nama Pasukan Pengakap Kelana ‘A’ Seremban Timur (PPKAST) dan nama ini kekal sehingga kini. Kami mengelarkan pasukan ini juga dengan nama Kelana Apachie (Apachie Rovers).

Sejak di tubuhkan pada tahun 1996 dan sehingga kini pasukan ni telah mempunyai keahlian lebih kurang 200 orang. Ahli PPKAST kebanyakkannya pelajar lepasan sekolah dan juga mahasiswa IPT yang mempunyai latarbelakang pengakap semasa di sekolah menengah. Mereka yang professional juga ada yang menyertai pasukan ini. Di sebabkan sibuk dan komitmen dengan urusan masing-masing, maka tak ramai yang dapat sepenuh masa aktif dengan pasukan. Buat masa sekarang ini yang aktif mengerakkan aktiviti pasukan adalah seramai 20-30 orang.

Sepanjang 14 tahun penubuhan pasukan ini, banyak program yang telah kami kendali, sertai dan juga anjurkan.Berikut adalah sekolah-sekolah yang telah kami kendalikan dan membantu dalam aktiviti berpengakap.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za’aba, Seremban

2. Sekolah Menengah King George V, Seremban

3. Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban

4. Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Seremban

5. Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar, Seremban

6. Sekolah Rendah Kebangsaan Paroi Jaya, Seremban

Setiap tahun kami akan mengadakan perjumpaan bagi memperbaharui pendaftaran tahunan dan disamping itu juga pengambilan ahli baru. Bagi ahli baru yang mendaftar dengan pasukan ini adalah diwajibkan menyertai perkhemahan pentauliahan bagi diuji dan ditauliahkan sebagai ahli pasukan ini yang sah.

Pasukan ini dipimpin oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri dan pemimpin yang bertauliah. Boleh dikatakan kami merupakan salah satu pasukan pengakap kelana yang aktif di Negeri Sembilan. Kami banyak terlibat dalam program-program kebajikan seperti melawat dan bergotong-royong di rumah Orang-Orang Tua di Temiang, Seremban. bertugas sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir di Gemas, Negeri Sembilan dan di Batu Pahat, Johor Bahru dan sebagainya.

Sepanjang 14 tahun penubuhannya PPKAST sangat bergiat aktif di dalam melaksanakan tugas kepengakapan dan khidmat masyarakat sehinggakan 2 orang ahlinya dilantik sebagai Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seremban Timur dan 2 orang lagi dilantik sebagai Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Negeri Sembilan. Semoga dengan pencapaian yang telah di kecapi dan penghargaan yang diberikan PPKAST akan terus maju dan berjaya.